Syarat pemarkahan bagi setiap spesies bergantung pada tabiat pemakanannya.
Kocok semua kad spesies, kemudian agihkan SEPULUH KAD kepada setiap pemain sebagai tangan permulaan mereka.
Semua pemain mengambil giliran secara serentak.
Dalam setiap pusingan, setiap pemain akan:
1. Memilih satu kad daripada kad-kad tangan mereka.
2. Mendedahkan kad tersebut secara serentak selepas semua sudah memilih, dan meletakkan kad tersebut di ruang depan pemain, membentuk lautan masing-masing. (Dalam pusingan kedua dan seterusnya, setiap kad baharu mesti diletakkan bersebelahan dengan satu atau lebih kad yang sudah dimainkan di lautan pemain. Tiada batasan bagi pembentukan formasi lautan.)
3. Menyerahkan kad-kad dalam tangan mereka kepada pemain di sebelah, dan pada masa yang sama menerima kad-kad daripada pemain sebelumnya.
Ulangi langkah 1-3 sehingga setiap pemain telah memainkan 9 kad. Kad terakhir tidak akan dimainkan.
Syarat pemarkahan dinyatakan di bahagian atas kiri kad spesies (di bawah simbol jenis spesies). Setiap kad boleh memperolehi markah kemenangan berdasarkan syarat pemarkahannya.
Konsep: Setiap (set) spesies X BERSEBELAHAN memberi N mata
Semua Syarat Pemarkahan: Memberi 4 mata (tidak memerlukan spesies bersebelahan)
Setiap spesies Kecil bersebelahan memberi 2 mata
Setiap Tumbuhan bersebelahan memberi 3 mata
Setiap Tumbuhan atau Terumbu Karang bersebelahan memberi 2 mata
Setiap Invertebrata (Invertebrate) bersebelahan memberi 3 mata
Setiap Hidupan Laut Kecil bersebelahan memberi 6 mata
Setiap Mikrob Kecil atau Karang bersebelahan memberi 3 mata
Setiap Spesies Gergasi atau Pemangsa Laut bersebelahan memberi 5 mata
Setiap 2 Tumbuhan bersebelahan memberi 12 mata
Setiap 2 Karang bersebelahan memberi 8 mata
Setiap set spesies berikut memberi 10 mata:
1. Karang dan Invertebrata
2. Karang dan Tumbuhan
3. Tumbuhan dan Invertebrata
4. Dua TumbuhanSetiap 2 daripada sama ada Hidupan Laut Kecil atau Invertebrata memberi 12 matas
Setiap 2 Mikrob Kecil bersebelahan memberi 16 mata
Setiap 3 Tumbuhan bersebelahan memberi 23 mata
Setiap 2 daripada sama ada Mikrob Kecil atau Invertebrata memberi 14 mata
Setiap 3 daripada sama ada Hidupan Laut Kecil atau Invertebrata memberi 21 mata
Setiap 2 Hidupan Laut Sederhana bersebelahan memberi 13 mata
Apabila semua pemain telah meletakkan 9 kad di dalam lautan masing-masing, setiap pemain mengira jumlah markah kemenangan mereka. Pemain dengan jumlah markah tertinggi menang. Jika seri, kemenangan dikongsi.
Variasi Lanjutan dimainkan dengan menggunakan Kad Sasaran.
Semua seperti persediaan asas, kecuali pada permulaan permainan, setiap pemain mendapat 2 kad sasaran dan disimpan rahsia.
Contoh:
Jumlah: 67 Markah
57 markah (permakahan species) + 10 markah (bonus sasaran)
Promo Target card:
Hanya digunakan dalam Varian Lanjutan. Kad Jabatan Perikanan Malaysia tidak mempunyai sasaran penempatan kad, sebaliknya anda perlu memainkan spesies daripada kategori berbeza dalam Senarai Merah IUCN untuk memperoleh mata kemenangan:
Bilangan Kategori Senarai Merah IUCN Berbeza Dimainkan – Mata Kemenangan:
3 kategori berbeza dimainkan = 3 Markah
4 kategori berbeza dimainkan = 7 Markah
5 kategori berbeza dimainkan = 12 Markah
6 atau lebih kategori berbeza dimainkan = 18 Markah
Nota: Kad Moluska (Mollusks), Krustasea (Crustacean), Ekinoderm (Echinoderms), dan Sefalopod (Cephalopods) mengandungi pelbagai spesies, oleh itu kad ini tidak mempunyai kategori Senarai Merah IUCN.
Kategori “Tiada Kategori” dianggap sebagai satu jenis kategori.